Wednesday, January 21, 2009

Jadilah Penghibur


Jadilah Penghibur...

Sudah fitrah semulajadi manusia ingin berhibur

Hiburan itulah sebahagian kebahagiaan mereka

Hiburan adalah makanan jiwa manusia

Semua orang memerlukannya tidak kira apa bangsa

Hiburan itu berbagai-bagai sifatnya atau caranya

Ada orang yang miskin diberi bantuan kewangan dan makanan,

ada yang sakit, diziarahi tanda ikut sedih dengan kesakitannya

Orang yang salah diberi kemaafan, yang bersalah meminta maaf, hiburanlah namanya

Orang yang membuat jahat buat baiklah kepadanya

Ada orang yang buntu fikiran berilah buah fikiran, hiburan juga

Orang yang sesat jalan tunjuklah jalannya

Di waktu membawa kereta utamakan orang lain, berilah dia jalan

Di waktu makan di restoran belanjalah orang di kiri dan kanan

Di waktu membeli-belah bayarkanlah orang yang bersama-sama kita membeli-belah untuk keperluan,

sekadar yang termampu untuk kasih sayang

Di ketika naik bas, tempat duduk penuh, utamakan orang lain duduk

tidak mengapa kita berdiri

Di waktu-waktu berjalan-jalan berilah salam, atau angkatlah tangan tanda kemesraan

Sekali-sekala lihatlah jiran, hulurkan bantuan itulah hiburan

Para-para tetamu kenalah hormat dan muliakan mereka sejauh yang terdaya

Pemungut-pemungut sampah di rumah kita, sekali-sekala berilah dia hadiah

atau memberi makanan atau minuman

Berbudi bahasalah kita kepada mereka tanda mengenang jasanya

memungut sampah di rumah kita

Alangkah gembiranya jiwa mereka, kerana budi bahasa kita

Ya Tuhanku jadikanlah aku penghibur manusia di dunia

Agar aku diberi hiburan di Akhirat sana...